Ringkasan Makmal

Peranti optik, seperti televisyen dan telefon pintar, memainkan peranan yang penting dalam menghantar maklumat, seperti gambar dan filem. Paparan kristal cecair (LC), plasma, electro-pendarcahaya (EL) dan electrokromik (EC) direka untuk peranti paparan. Dalam peranti tersebut, pelbagai bahan kromik berfungsi optikal telah digunakan; tetapi, mekanisme untuk bahan tersebut yang mengawal sifat optikal adalah tidak jelas.

Di dalam makmal kami, kita mereka pelbagai peranti optik yang berkaitan dengan LC, EL, EC, sel suria dan lain-lain lagi.; kita juga mereka bentuk litar elektrik untuk alat optic yang mengukur sifat-sifat optik dan litar pemacu untuk peranti tersebut.

Tambahan pula, kita juga focus tentang plasma pelepasan cahaya (glow discharge plasma) untuk menambah baik peranti. Teknologi plama sering digunakan untuk pelbagai aplikasi, seperti mikrofabrikasi untuk litar bersepadu (integrated circuit) dan pengubahsuaian permukaan bahan-bahan. Untuk mereka bentuk peranti elektronik yang berprestasi tinggi, ia adalah penting untuk memahami serta mengawal kimia plasma dan fizik. Khususnya, kami sedang mereka penjana plama yang baru, dan mencuba untuk mencapai kecanggihan untuk peranti elektronik untuk aplikasi dalam bidang rawatan air serta teknologi pembungkusan.

Sistem computer yang menganalisis fenomena kompleks dalam peranti elektronik juga berkesan dalam menganalisis data perniagaan. Maka, kita menganalisis pelbagai data dengan menggunakan statistik dan alat pembelajaran mesin (alat system pakar, dipanggil artificial intelligence; AI), seperti Python dan sistem maklumat geografi (Geographic Information Systems): GIS.

Penyelidikan dan subjek kelas di dalam makmal kami adalah diringkaskan di bawah. Setiap subjek penyelidikan adalah dikendali secara individu. Namun, terdapat juga penyelidikan yang luas, seperti menaik taraf fungsi peranti yang mempunyai plasma, dan menganalisis sifar-sifat peranti optik dengan menggunakan komputer.

  1. Penyelidikan tentang peranti optic (Kristal cecair, EL, EC, dan paparan imej di udara.
  2. Penyelidikan tentang plasma elektronik-teknologi plasma (penjana plasma dan aplikasi plasma)
  3. Penyelidikan tentang sistem-sistem komputer (geographic information system, simulator elecktromagnet dan aplikasi paparan imej di udara)

Saya berharap bahawa kamu boleh mengaplikasikan “asas elektronik” yang dipelajari dari syarahan university, seminar dan eksperimen melalui subjek penyelidikan, seperti bahan peranti optic, teknologi plasma, dan analisis data.

Untuk maklumat lanjut, sila melihat “Subjek Penyelidikan” di mukasurat bawah.

研究テーマ